Dave Filoni terkenal sebagai pencipta siri animasi Star Wars: The Clone Wars, Rebels, Bad Batch, Tales of the Jedi dan kemudian mencipta siri aksi nyata The Mandalorian, The Book of Boba Fett dan Ahsoka. Kelak beliau juga akan hadir dengan satu filem bagi menutup kisah kesemua siri TV Star Wars di Disney+.

Terbaru, selepas kejayaan siri TV Star Wars Dave Filoni telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Kreatif di Lucasfilm. Tugas baharu beliau adalah merancang siri TV dan filem baharu Star Wars. Pada masa yang sama beliau juga masih memegang jawatan eksekutif naib pengerusi Lucasfilm.

Sebelum Star Wars kembali ke pawagam, terdapat beberapa siri TV lagi akan dikeluarkan terlebih dahulu seperti Skeleton Crew yang mengisahkan sekumpulan kanak-kanak seakan Stranger Things yang merantau ke planet dan bertembung dengan makhluk aneh oleh Jon Watts dan Christopher Ford. Kemudian adalah The Acolyte sebuah kisah ngeri memfokuskan “padawan” kepada Sith Lord oleh Leslye Headland. Andor musim kedua juga kini dalam penggambaran kisah prekuel bagi Star Wars: Rogue One.

Sohor Kini