Feral Interactive adalah studio pembangunan permainan video British yang terkenal dengan permainan seperti Hitman, XCOM, Alien: Isolation dan banyak lagi. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan olahan semula bagi Hitman: Blood Money untuk peranti Android dan iOS yang akan tiba pada 30 November ini.

Menurut Feral, permua ini bukan sekadar versi lama yang diubah menjadi versi permua sebaliknya ada beberapa ciri baharu diperkenalkan. Antaranya adalah mod permainan yang sedia ada pada permua-permua lain iaitu Instinct Mode, susun atur antaramuka yang boleh diubahsuai serta sokongan alat kawalan termasuk dengan papan kekunci dan tetikus.

Permua ini diberikan nama sebagai Hitman: Blood Money — Reprisal dan akan dijual pada harga $14.99 di iOS dan Android iaitu sekitar RM70 pada 30 November ini. Menariknya, versi Nintendo Switch turut akan dibangunkan dengan tarikh pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi.

Sohor Kini