Malam tadi treler bagi siri animasi What If…? Musim Ke-2 telah dipertontonkan. Kali ini Marvel dilihat cuba menyampaikan cerita melalui kumpulan adiwira dan bukan individu seperti musim pertama. Misalnya yang jelas kelihatan adalah kumpulan Hank Pym (Michale Douglas), Bill Foster (Laurence Fishburne), T’Challa (tiada pelakon diumumkan) dan seorang wanita Kree dengan kostum Captain Marvel bekerjasama.
Turut kelihatan adalah misi utama yang cuba mencari Peter Quill (pelakon tidak diumumkan) yang masih muda dan mempunyai kuasa luar biasa merbahaya yang tidak pernah ditunjuk dalam filem aksi nyata. The Watcher lakonan suara Jeffrey Wright turut memberitahu yang multimesta menjadi semakin serabut. Varian Dr. Strange yang jahat turut kelihatan dan dia mungkin menjadi baik.
Paling menarik pada saya adalah kemunculan watak Kahhori yang mempunyai kuasa daripada Tesseract. Siri animasi ini akan ke Disney+ bermula 22 Disember dengan setiap episod disiarkan secara harian selama 9 hari.