Skip to main content

Exploding Kittens adalah permainan kad yang cukup terkenal. Versi digital permainan ini telah pun ditawarkan oleh Netflix Games dan kini francais kucing aneh ini dikembangkan dalam bentuk animasi pula dengan Tom Ellis (Lucifer) sebagai pelakon suara.

Berdasarkan treler acah, animasi ini adalah siri komedi mengisahkan dewa dan setan yang terperangkap dalam tubuh kucing. Kini terdapat konflik antara neraka dan syurga yang perlu diselesaikan kerana ia mengancam keamanan dunia.

Tom Ellis adalah God Cat, sementara watak lain dibintangi oleh Abraham Lim, Lucy Liu, Ally Maki, Mark Proksch dan Sasheer Zamata. Siri ini dihasilkan oleh Mike Judge (Beavis and Butt-Head Do America) dan Greg Daniels (The Office) melalui studio animasi Bandera Entertainments.

Exploding Kittens sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini, namun buat masa ini Netflix masih belum umumkan tarikh ketibaannya.

Leave a Reply