Netflix kini mengumumkan mereka akan menawarkan permainan mudah-alih “Exploding Kittens” pada bulan Mei ini.
Bagi yang tidak mengenali akan “Exploding Kittens”, ia merupakan permainan kad berbentuk strategi yang agak popular, yang mana mengabungkan bentuk permainan “Uno” dan “Old Maid”.
Dengan populariti permainan kad berkenaan, kini Netflix mendigitalkan ia dan membawa permainan eksklusif tersebut kepada para pelanggan Netflix pada bulan Mei ini.
Ini sekaligus memperlihatkan Netflix agak bergiat aktif dalam mendapatkan pelbagai jenama dan permainan popular untuk Netflix Game mereka.
Disamping permainan, Netflix juga akan menerbitkan siri animasi Exploding Kittens pada perkhidmatan penstriman mereka pada tahun 2023 kelak.