Skip to main content

Selepas diumumkan pada tahun 2021, semasa acara Netflix Geeked Week siri anime Terminator diumumkan. Ia merupakan sebuah animasi dengan watak baharu iaitu Terminator: The Anime Series. Siri ini akan dihasilkan oleh pencipta Ghost in the Shell iaitu Production IG.

Buat masa ini ia masih tiada sebarang tarikh siaran dan senarai pelakon suara. Sinopsis bagi siri ini adalah seperti berikut;

2022, peperangan antara manusia dan mesin telah berlaku untuk beberapa dekad dan hanya ada segelintir manusia masih hidup. 1997, Skynet iaitu sistem AI mula menerima kesedaran dan ingin berperang bersama manusia. Seorang wanita dari masa hadapan dihantar ke tahun ini untuk melindungi Malcolm Lee yang akan mengubah nasib manusia nanti dengan ciptaan pesaing Skynet. Malcolm yang turut mengalami kerumitan moral atas ciptaan AI dia diburu oleh robot lain yang akan mengubah nasib 3 anak dia di masa hadapan.

https://youtu.be/KedFX1pn2kA

Leave a Reply