Terminator merupakan satu siri yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia telah mempunyai 6 filem, 1 siri TV dan juga pelbagai jenis permainan. Satu medium yang Terminator tidak diterbitkan lagi adalah siri animasi dan Netflix akhirnya akan menjadikannya satu kenyataan.
Akaun Twitter rasmi untuk bahagian pop-culture Netflix iaitu NXOnNetflix telah mengumumkan yang mereka akan bekerjasama dengan Skydance Media dan juga studio animasi Production I.G untuk hadir dengan siri animasi yang berlaku di dalam dunia Terminator. Pembikinan siri ini akan diselia oleh Mattson Tomlin yang sebelum ini terlibat dengan filem Project Power untuk Netflix.
Buat masa ini tidak disahkan jika ia akan mengikut penceritaan yang berkait dengan John Connor ataupun akan membawa penceritaan yang sepenuhnya berbeza. Tarikh siaran juga tidak dinyatakan.