Inside Out 2 Menerima Treler – Perasaan Resah Diperkenalkan

Pertama kali diumumkan pada tahun lepas di acara D23, Inside Out 2 adalah sekuel kepada Inside Out di mana sekali lagi kisah Riley akan diceritakan. Kali ini dia sudah remaja dan mula mempunyai perasaan baharu yang tidak dirasai ketika kanak-kanak.

Hari ini, Disney dan Pixar berkongsi treler pertama bagi filem ini;

Dalam treler ia memperlihatkan yang “ibu pejabat” bagi perasaan Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust melalui proses renovasi tanpa mengetahui sebab apa. Mereka terkejut apabila makhluk berwarna jingga muncul dan dia adalah perasaan Anxiety iaitu resah. Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust turut tidak tahu bagaimana mahu “bersosial” bersama perasaan baharu ini.

Menjadikan filem ini lebih menarik adalah, menurut Disney bukan Anxiety sahaja perasaan baharu yang akan muncul tetapi akan ada beberapa yang lain yang akan menghuru-harakan keadaan. Anxiety dilakonkan oleh Maya Hawke, Amy Poehler sebagai Joy, Phyllis Smith sebagai Sadness, Lewis Black sebagai Anger, Tony Hale sebagai Fear, dan Liza Lapira sebagai Disgust. 

Inside Out 2 diarahkan oleh dan akan tiba ke pawagam bermula 13 Jun 2024 akan datang.

Sohor Kini