Siri TV Dune Menerima Judul Baharu – Dune: Prophecy

Dune: The Sisterhood adalah siri TV yang berlaku dalam dunia sama filem Dune oleh Denis Villeneuve. Siri ini akan disiarkan di platform Max dan HBO GO pada sekitar hujung tahun 2024. Terbaru, siri ini telah menerima judul baharu iaitu Dune: Prophecy.

Baca – Ulasan Dune – Filem Pencuci Mata Dan Halwa Telinga Yang Sempurna Campuran Rempahnya

Butiran mengenai siri ini masih tidak jelas, selain penggambaran baru sahaja mula semula di Budapest. Prophecy dikatakan akan menyampaikan kisah dunia Dune melalui perspektif wanita misteri Bene Gesserit. Gesserit mempunyai kuasa mengawal tubuh dan minda yang memberi faktor kepada pembangunan planet Arrakis.

Dune: Prophecy dibintangi oleh Emily Watson sebagai Valya Harkonnen, Sarah-Sofie Boussnina sebagai Princess Ynez, Shalom Brune Franklin sebagai Mikaela, Faoileann Cunningham sebagai Sister Jen, Aoife Hinds sebagai Sister Emeline, Chloe Lea sebagai Lila, Travis Fimmel sebagai Desmond Hart, Mark Strong sebagai Emperor Javicco Corrino, Jade Anouka sebagai Sister Theodosia dan Chris Mason sebagai Keiran Atreides.

Sumber – IGN

Sohor Kini