YRF Spy Universe adalah mesta filem perisikan, espionaj dan aksi Bollywood yang besar. Ia bermula dengan Ek Kha Tiger bersama Salman Khan pada tahun 2012, Tiger Zinda Hai pada tahun 2017, War bersama Hrithik Roshan pada tahun 2019, kemudian Pathaan bersama Shah Rukh Khan tahun ini, sasaran kutipan tertinggi seterusnya adalah Tiger 3.

Tiger 3 akan mengembalikan Salman Khan sebagai Avinash “Tiger” Singh Rathore. Tiger kini dalam misi baharu bagi menyucikan nama dia selepas dituduh menjadi penjenayah dan musuh nombor satu negara. Tiger perlu bersemuka dengan Aatish Rehman lakonan Emraan Hashmi.

Menariknya, dalam Tiger 3 – Shah Rukh Khan disahkan akan kembali sebagai Pathaan. Bukan itu sahaja, Variety melaporkan yang Hrithik Roshan dari filem War turut akan muncul sebagai cameo. Ini merupakan perancangan awal YRF Spy Universe untuk filem War 2 dan Tiger vs Pathaan pada tahun 2025.
Pada masa yang sama, sementara menantikan kemunculan Shah Rukh Khan dalam Tiger 3 yang akan ditayangkan 11 November ini di pasaran terpilih, anda boleh saksikan filem beliau iaitu Jawan di Netflix.


