Jawan Kini Di Netflix – Filem Aksi Epik Baharu Shah Rukh Khan

Jawan adalah filem aksi epik baharu lakonan Shah Rukh Khan. Filem ini mengisahkan Khan yang memainkan beberapa watak berbeza untuk membalas dendam terhadap kerajaan yang tidak bersifat adil dengan bantuan pasukan wanita tersendiri

Filem ini turut menjadi filem Bollywood dengan kutipan paling tinggi selepas Pathaan. Terbaru, Jawan dilihat telah tersedia di Netflix bermula hari ini 2 November. Menariknya, ia adalah Jawan Extended Cut iaitu potongan berbeza berbanding yang ditayangkan di pawagam.

Netflix dilaporkan membeli hak siaran Jawan pada harga $31 juta iaitu sekitar RM147,343,000. Terdapat tiga versi disiarkan iaitu Hindi, Tamil dan Telegu. Jawan turut menerima maklum balas yang positif kerana jalan cerita yang bagus, aksi menarik serta elemen muzikal yang menghiburkan.

Sohor Kini