Jawan adalah filem aksi epik baharu lakonan Shah Rukh Khan. Filem ini mengisahkan Khan yang memainkan beberapa watak berbeza untuk membalas dendam terhadap kerajaan yang tidak bersifat adil dengan bantuan pasukan wanita tersendiri.

Terbaru, Jawan dilaporkan mempunyai kutipan awal lebih tinggi berbanding Pathaan dan bakal menjadi filem Bollywood paling laris di India untuk tahun 2023.

Pada hari Dilwali akan datanfg, filem YRF Spy Universe seterusnya akan ditayangkan. Filem ini adalah Tiger 3 dan akan mengembalikan Salman Khan sebagai Tiger dengan penampilan khas Pathaan lakonan Shah Rukh Khan.

Filem Salman Khan jarang menerima sambutan gempak seperti filem Shah Rukh Khan atau Aamir Khan, tetapi Tiger 3 dikatakan mungkin boleh mengubah sejarah dan menjadi filem aksi baharu Bollywood dengan kutipan tinggi bersaing dengan Pathaan dan Jawn.

Sohor Kini