Skip to main content

Disney+ adalah platform penstriman video yang kini semakin popular. Di Amerika Syarikat, platform ini menawarkan berkas langganan Hulu, ESPN dan National Geographic. Sementara di Disney+ Hotstar Malaysia, sesetengah kandungan Hulu dan Nat Geo akan ditawarkan mengikut permintaan seperti HIMYF dan Prey.

Terbaru, Disney dilaporkan berhasrat untuk mengambil alih Hulu sepenuhnya. Mereka ingin membeli baki saham 1/3 yang dipegang Comcast yang bernilai $8.6 bilion iaitu sekitar RM40,871,500,000. Ini dikatakan adalah strategi baharu Disney untuk pengeluaran kandungan mereka.

Seperti Hotstar di Malaysia, Hulu di Amerika Syarikat turut banyak menawarkan kandungan asli tempatan dan juga kandungan negara Asia seperti K-Drama dan J-Drama. Pengambilalihan ini turut akan menggabungkan Hulu terus ke dalam satu platform penstriman agar mempunyai kategori tambahan untuk kandungan yang tidak serasi ditonton bersama keluarga.

Sumber – Amanz

Leave a Reply