Samaritan adalah filem asli Prime Video mengenai adiwira pencen lakonan Sylvester Stallone. Filem ini berlaku di Granite City, sebuah bandar yang 25 tahun lepas dilindungi oleh Samaritan iaitu vigilante yang kemudian telah ditewaskan oleh Nemesis.

Tahun lepas, filem ini menjadi filem Prime Video yang kerap ditonton sepanjang tiga minggu berturut-turut. Terkini, Holllywood Reporter melaporkan yang Amazon MGM Studios sedang membangunkan filem sekuel dan sekali lagi dilakonkan oleh Stallone.

Filem ini akan ditulis oleh Bragi F. Schut, tetapi masih tidak disahkan jika Julius Avery akan kembali mengarah. Plot filem dan senarai pelakon turut masih belum didedahkan.

Sohor Kini