Kebanyakan filem adiwira yang ada sekarang semuanya adalah orang muda atau sekitar usia 30-an ke 40-an. Tetapi pernah atau tidak anda terbayang filem adiwira mengisarkan adiwira yang sudah pencen?

Jika anda ingin tonton satu sudut berbeza, Samaritan mungkin untuk anda. Pelakon utama filem ini adalah Sylvester Stallone yang sudah berusian 73 tahun.

Filem ini berlaku di Granite City, sebuah bandar yang dilindungi oleh vigilante iaitu adiwira jalanan yang diberi nama Samaritan. Tetapi dalam satu pertempuran bersama musuh ketat, Nemesis – Samaritan dipercayai telah mati dalam satu kebakaran.

Tetapi itu semua berlaku pada 25 tahun lepas, yang mana sekarang masih ramai orang mengharapkan Samaritan tidak mati. Sam Cleary seorang remaja percaya yang jiran beliau iaitu seorang warga tua iaitu Mr. Smith adalah Samaritan. Dengan Granite City yang semakin dipenuhi penjenayah, Mr. Smith dengan bantuan Sam cuba menyelamatkan bandar yang sedang derita ini.

Filem ini diarahkan oleh Julius Avery dengan skrip oleh Bragi F. Schut, Mark L. Smith, Zak Penn, dan Chuck MacLean. Filem ini menyertakan Sylvester Stallone sebagai Smith, Javon “Wanna” Walto sebagai Sam, Pilou Asbæk, Martin Starr, Moises Arias, dan juga Dascha Polanco.

Samaritan akan disiarkan secara eksklusif di Prime Video pada 26 Ogos akan datang.

Sohor Kini