The Promised Neverland merupakan siri manga yang ditulis oleh Kaiu Shirai dan dilukis oleh Posuka Demizu. Siri ini bermula pada 2016 dan berakhir pada tahun 2020. Ia mempunyai 20 jilid dengan jumlah keseluruhan bab adalah 181.

Minggu ini, Viz Media telah hadir dengan koleksi lengkap untuk manga tersebut yang mengandungi kesemua 20 jilid iaitu ‘The Promsied Neverland Complete Box Set’. Salah satu kedai yang menawarkannya di Malaysia adalah Kinokuniya secara dalam talian.

Koleksi lengkap ini boleh didapatkan dengan harga RM835.87 iaitu potongan harga sebanyak 10% berbanding harga asal RM928.75. Jika anda merupakan ahli Privilege Kinokuniya, ia boleh didapatkan dengan harga RM789.44.

Koleksi ini tidak terdapat di mana-mana cawangan Kinokuniya, oleh itu ia hanya boleh ditempah secara dalam talian dan akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk penghantaran.

Sohor Kini