Bermula sebagai Agatha: House of Harkness, kemudian berubah menjadi Coven of Chaos kini siri sampingan kepada WandaVision menerima judul baharu iaitu Agatha: Darkhold Diaries. Baru-baru ini, siri yang akan mengembalikan Kathryn Hahn sebagai Agatha menerima logo baharu.
Siri ini dikatakan akan disiarkan pada tahun 2024, tetapi masih belum ada tarikh baharu lagi. Darkhold Diaries turut dikatakan adalah sekuel kepada WandaVision, di mana Agatha berjaya membebaskan diri daripada mantra yang dikenakan oleh Wanda. Siri ini akan memperlihatkan Agatha cuba mendapatkan semula kuasa sihir dia dan dibantu oleh beberapa watak baharu.
Agatha : Darkhold Diaries turut akan dibintangi oleh Aubrey Plaza sebagai Rio, Joe Locke sebagai watak misteri, Patti LuPone sebagai Lilia, Sasheer Zamata sebagai Jen K dan Ali Ahn sebagai Alice.