Skip to main content

Gen V adalah siri sampingan kepada The Boys yang memfokuskan pelajar-pelajar Godolkin University yang masih sedang memahirkan kuasa mereka yang kemudiannya mengetahui agenda jahat universiti milik Vought ini.

Siri ini mempunyai lapan episod yang akan tamat lagi dua minggu, iaitu 3 September. Episod akhir dikatakan akan membawa penonton kepada The Boys musim keempat. Malam tadi Prime Video telah mengumumkan yang Gen V akan diteruskan dengan musim kedua.

Buat masa ini masih tiada butiran sama ada musim baharu Gen V akan berlaku selepas The Boys musim keempat atau tidak. Turut masih menantikan pelakon-pelakon yang terlibat serta jalan cerita musim baharu ini. Sama-sama kita nantikan.

Baca – Amaran! Gen V Sangat Ganas, Ngeri, Meloyakan Tetapi Menghiburkan

Leave a Reply