Kisah maharaja Perancis kejam yang terkenal iaitu Napoloen Bonaparte akan diadaptasi menjadi filem aksi nyata oleh pengarah Alien, Ridley Scott dengan lakonan Joaquin Phoenix. Filem ini akan menekankan kisah kejayaan Napoleon serta kejatuhan dia bersama dengan kisah cinta bersama isteri iaitu Josephine lakonan Vanessa Kirby.
Semalam Apple telah kongsikan treler baharu bagi filem ini. Anda boleh menontonnya di bawah;
Menurut Apple, filem ini menggunakan kaedah penggambaran praktikal yang dinamik bagi memberi ilusi aksi yang realistik dan turut mungkin menjadi filem ketenteraan serta politik yang dahsyat. Sebelum ke Apple TV+, filem ini akan ke pawagam di seluruh Malaysia 30 November ini. Di Apple TV+, filem ini akan mempunyai durasi 4 jam 30 minit dengan lebih banyak adegan watak Josephine.