Suntingan Napoleon 4 Jam 30 Minit Eksklusif Di Apple TV+

Napoleon adalah filem baharu Ridley Scott mengisahkan mengenai asal-usul maharaja Napoleon Bonaparte ketika zaman Revolusi Perancis. Joaquin Phoenix akan menjadi watak maharaja ini sementara watak isteri dia Josephine dilakonkan oleh Vanessa Kirby.

Filem ini disahkan akan tiba ke pawagam termasuk di Malaysia sebelum menjadi eksklusif untuk penstriman di Apple TV+. Scott turut mengesahkan yang beliau mempunyai suntingan pengarah filem ini dengan durasi 4 jam 30 minit.

Baru-baru ini, pengarah francais filem Alien ini memberitahu Total Film Magazine yang edisi suntingan pengarah akan menjadi eksklusif di Apple TV+ sahaja. Sementara versi di pawagam terhad kepada 2 jam 38 minit. Versi lebih panjang ini dikatakan akan menyertakan lebih penceritaan kisah Josephine. Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Total Film Magazine

Sohor Kini