Sony baru-baru ini telah mengumumkan kemaskini kepada konsol PlayStation 5, menjadikan ia bersaiz sedikit kecil berbanding sedia ada, disamping menawarkan pemacu secara berasingan bagi membolehkan pengguna yang membeli konsol PS5 Digital Edition untuk menambah pemacu cakera pada kemudian hari.

Lanjutan daripada pengumuman tempoh hari, kini ia dikongsikan harga jualan konsol baharu ini untuk pasaran tempatan. Konsol PlayStation 5 yang hadir dengan 1TB storan ini berharga RM2499 untuk edisi PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray, sementara PS5 Digital Edition pula berharga RM2069. Sementara pemacu Ultra HD Blu-ray Disc Drive pula ditawarkan pada harga RM529.
Disamping itu, “Vertical Stand” baharu pula dijual berasingan kini, pada harga RM149 setiap satu.

Tarikh jualan untuk konsol ini tidak diumumkan lagi. PlayStation 5 generasi baharu ini hadir dengan isipadu kurang 30% berbanding sebelum ini, disamping lebih ringan.
Dengan pengumuman harga ini, sama-sama kita nantikan tarikh mula jualannya di Malaysia pada penghujung tahun ini.


