Sony Interactive Entertainment telah memperlihatkan rekaan baharu untuk PlayStation 5 dan berbanding ura-ura mengatakan ia tiba dengan satu edisi, Edisi Digital masih ditawarkan bersama dengan edisi biasa. Namun, edisi digital juga boleh ditambah dengan pemacu cakera kemudian dengan pembelian secara berasingan.

Rekaan baharu ini dikatakan mempunyai isi padu 30% lebih rendah dan berat dikurangkan sebanyak 18% dan 24% berbanding model yang sebelum ini. Cover kini mempunyai 4 bahagian yang boleh dibuka yang diasingkan melalui garisan.

Antara kegunaannya adalah untuk menambah pemacu cakera seperti kami nyatakan di atas. Pemacu berasingan bersama dengan cover untuknya ini ditawarkan dengan harga $79.99 (~RM378). Model baharu ini akan ditawarkan bermula pada bulan November di Amerika Syarikat, tiada pengesahan lagi untuk pasaran lain.

PS5 baharu ini mengikut harga di Amerika Syarikat tidak mempunyai perbezaan dengan model sedia ada, kecuali edisi digital yang ditawarkan dengan harga $50 (~RM236) lebih mahal oleh itu dijangkakan ia di Malaysia harga untuk standard adalah RM2,499 dan RM2,299 untuk Edisi Digital dengan peningkatan harga sebanyak RM230. Manakala pemacu dijangka ditawarkan dengan harga RM399.

Di dalam kotak, hanya penegak secara meniarap sahaja yang disertakan manakala untuk penegak secara berdiri, akan ditawarkan secara berasingan dengan harga $29.99 (RM~141) yang boleh digunakan untuk kesemua model PlayStation 5.

Model baharu ini juga akan dilengkapi dengan 1TB storan berbanding 825GB sebelum ini, menyerupai saiz storan yang ditawarkan oleh Xbox Series X dan Xbox Series S yang baharu.

Sohor Kini