Kick-Ass Akan Diolah Semula Dengan Watak Baharu

Sebelum Aaron Taylor-Johnson menjadi Pietro Maximoff/Quick Silver dalam Avengers: Age of Ultron, tahukah anda beliau pernah menjadi adiwira yang digelar sebagai Kick-Ass dalam dua filem Kick-Ass? Filem ini adalah filem komedi mengarut yang melucukan.

Filem Kick-Ass diadaptasi oleh Matthew Vaughn (X-Men, Argylle) dari komik dengan judul sama yang dicipta oleh Mark Millar (Wanted, Kingsman). Vaughn baru-baru ini berkongsi yang filem Kick-Ass akan diolah semula.

Filem olahan semula ini akan menyertakan watak-watak baharu dan tidak akan melibatkan watak filem pertama. Ini Bermakna Taylor-Johnson, Christopher Mintz-Plasse, Chloë Grace Moretz, Mark Strong dan Nicolas Cage tidak akan kembali berlakon dalam filem baharu Kick-Ass.

Walau bagaimanapun, Vaughn ada merancang yang selepas filem olahan semula ini ditayangkan beliau ingin memanggil semula pelakon-pelakon asal kembali. Buat masa ini, filem ini masih di awal pembangunan dan tiada sebarang informasi yang boleh dikongsi.

Tahun 2018, terdapat komik sampingan Kick-Ass yang menyertakan watak Patience Lee iaitu seorang wanita berkulit gelap yang merupakan seorang ibu dan juga veteran tentera. Kisah Patience Lee menurut Vaughn lebih menarik kerana dia adalah watak yang ada skil hebat bukannya seperti Dave Lizewski yang merupakan seorang remaja lembab. Filem olahan semula mungkin akan mengambil konsep komik ini.

Sumber – EW

Sohor Kini