Anda ingat filem The Lost City? Kisah seorang penulis novel mengenai aksi mencari harta karun yang kemudiannya menjadi huru-hara kerana kejadian dalam novel berlaku di dunia sebenar. Terbaru adalah filem Argylle – konsep yang sama tetapi mengenai espionaj dan perisikan.

Filem ini ditulis oleh Jason Fuchs, diarahkan oleh Matthew Vaughn, menyertakan pelakon hebat seperti Bryce Dallas Howard, Sam Rockwell, Henry Cavill, John Cena, Dua Lipa, Bryan Cranston, Sofia Boutella,
with Ariana DeBose and Catherine O’Hara dan Samuel L. Jackson.
Berdasarkan treler jelas sekali filem ini adalah sebuah aksi komedi yang melucukan. Elly lakonan Bryce Dallas Howard adalah penulis novel espionaj yang mempunyai kucing Alfie. Novel dia menceritakan kisah ejen Argylle yang cuba menumpaskan sindiket perisik peringkat global.

Suatu hari, Elly bertemu dengan Aiden lakonan Sam Rockwell yang merupakan perisik sebenar yang meminati karya dia. Mengejutkan kisah dalam novel Elly berlaku di dunia sebenar dan dia yang seorang penulis terpaksa melibatkan diri dengan aksi merbahaya yang melucukan.
Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Februari 2024. Selepas itu, filem ini akan menjadi siaran ekslusif di Apple TV+.


