Rick & Morty bakal kembali dengan musim ketujuh 15 Oktober ini, di mana kedua-dua watak ini dilakonkan oleh pelakon baharu. Siri ini telah pun disahkan mempunyai banyak lagi musim yang kini dalam pembangunan dengan skrip untuk dua lagi musim sudah pun ditulis.

Hollywood Reporter baru-baru ini menemuramah Dan Harmon, selaku pencipta Rick & Morty. Harmon memberitahu mereka yang Zack Snyder pernah memanggil beliau untuk berbincang untuk membantu mengadaptasi siri animasi dewasa ini menjadi filem ketika Snyder masih rapat dengan Warner Bros.

Itu kisah lama, tetapi Harmon turut berkongsi yang skrip filem masih belum ditulis lagi. Idea sahaja yang sudah ada, di mana beliau ingin Warner Bros. memberi bajet tambahan untuk menghasilkan filem dengan durasi 90 minit. Filem ini adalah seakan satu episod Rick & Morty yang panjang dan tidak berkait dengan siri TV agar semua orang boleh menontonnya.

Harmon masih ingin teruskan kisah Rick & Morty dalam bentuk siri TV kerana ia telah direka untuk 100 musim dengan episod terakhir tamat dengan Morty yang telah menjadi remaja 15 tahun dan ingin mempunyai kehidupan sendiri. Pada masa yang sama beliau ingin filem Rick & Morty dibangunkan semasa mereka menghasilkan siri animasi.

Sama-sama kita nantikan masa hadapan Rick & Morty dan nantikan musim ketujuh 15 Oktober ini di HBO GO.

Sohor Kini