Loki adalah siri TV MCU di Disney+ yang paling popular kerana ia adalah satu-satu siri Marvel dengan jumlah tontonan yang paling banyak. Siri ini menerima jumlah tontonan sebanyak 872 juta minit setiap minggu semasa disiarkan pada tahun 2021.

Terbaru, episod pertama Loki musim kedua di Disney+ pula dilaporkan menerima sambutan yang sangat baik. Semasa tiga hari pertama sejak disiarkan Jumaat lepas, 6 Oktober episod ini telah menerima 10.9 juta jumlah tontonan bersamaan dengan 512 juta minit.

Siri ini diteruskan secara mingguan di Disney+ sehingga 9 November dengan enam episod secara keseluruhan. Setakat ini, episod pertama adalah yang paling menarik sementara selepas menonton episod kedua sehingga keempat, MCU mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersinar.

Sumber – THR

Leave a Reply