Skip to main content

Steam Deck adalah konsol permainan mudah-alih yang cukup popular. Ia menjalankan SteamOS, dijana cip AMD Zen 2, GPU AMD RDNA 2, pad sesentuh, pelbagai butang kawalan termasuk butang bahu dan juga skrin LCD 7″ 60Hz.

Valve pernah menyatakan yang Steam Deck 2 tidak akan tiba sehingga tahun 2025. Tetapi baru-baru ini, tersenarai di pangkalan data FCC untuk Steam Deck baharu dengan nombor model sama tetapi butiran yang berlainan. Butiran ini adalah penggunaan cip WiFi 6E, Bluetooth LE 5.2, menyokong PCIe 3 untuk sokongan pemindahan data yang tinggi dan tenaga rendah.

Ini bermakna, tahun ini atau awal tahu hadapan Valve akan hadir dengan Steam Deck lama yang dikemaskini dengan cip rangkaian baharu. Buat masa masih tidak tahu sama ada Steam Deck baharu ini akan dijual di Malaysia secara rasmi ataupun tidak.

Sumber – Android Authority

Leave a Reply