Dua bulan lepas telah kami laporkan yang filem Saw X akan masuk ke pawagam Malaysia. Tayangan global filem ini bermula pada 5 Oktober, tetapi untuk pawagam tempatan ia ditunda sementara menunggu kelulusan LPF.

Sebentar tadi, GSC telah mengumumkan yang Saw X akan ke pawagam Malaysia bermula 26 Oktober ini. Filem ini turut akan ditayangkan di TGV Cinemas.

Durasi filem ini adalah 1 jam 58 minit, tetapi masih tidak pasti durasi tayangan di Malaysia berapa jika ada sebarang potongan.

Kami menjangkakan sebarang potongan atau tapisan adalah seakan filem Evil Dead Rise, di mana adegan pembunuhan yang kejam akan dipotong dan jika terlampau ganas akan dizum.

Saw X berlaku di antara Saw I dan Saw II. Ia mengembalikan Tobin Bell sebagai John Kramer yang mencari rawatan kanser di Mexico. Sekumpulan doktor dan jururawat didapati cuba menipu Kramer dan orang terdesak lain dan kerana tidak puas hati, Kramer menculik dan memerangkap semua dalam perangkap yang kejam dan mengerikan.

Sohor Kini