Durioo+ iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam untuk kanak-kanak bakal hadir dengan animasi asli baharu bergenre sains fiksyen.

Bukan itu sahaja, siri animasi juga memfokuskan agama Islam dan diberi nama sebagai ILM – Kebangkitan Khalifah. Siri ini turut akan mempersembahkan aksi dan jalan cerita yang unik serta menarik.

Menurut Durioo+, siri ini menyasarkan kanak-kanak 8-12 tahun. ILM – Kebangkitan Khalifah ini turut menjadi siri animasi sains fiksyen Islam aksi pertama dunia dan menjamin boleh bersaing dengan animasi terkenal lain.

Siri ini dihasilkan sepenuhnya oleh studio Durioo+ dan dijadualkan untuk tiba di platform penstriman mereka pada bulan Ramadan 2024.

Sohor Kini