Temasya sukan Asian Games kini sedang berlangsung di Hangzhou, China dan secara kebiasaannya, kesemua acara sukan akan distrim dari pusingan pertama sehinggalah pusingan terakhir.
Berbeza pula ceritanya untuk pusingan-pusingan kategori e-sukan di temasya ini, dimana kerajaan China telah mengarahkan pihak Tencent dan juga Huya bahawa mereka hanya dibenarkan untuk menstrim pusingan separuh akhir dan pusingan akhir permainan-permainan e-sukan Honor of Kings dan juga League of Legends.
Menurut laporan Bloomberg, ini adalah kerana ketagihan internet di kalangan muda-mudi negara tersebut masih lagi satu isu yang serius bagi mereka, dan sekiranya kesemua permainan-permainan e-sukan distrim dari pusingan pertama ke akhir, ia dikhuatiri bahawa anak-anak muda ini akan ketagih menonton strim-strim tersebut.
Malah, melalui arahan ini, video-video pusingan awal yang telahpun dirakam telah dipadamkan, dan baru-baru ini, hanya pusingan separuh akhir Honor of Kings distrim melalui platform penstriman Huya dan Tencent.
Terdapat tujuh tajuk e-sukan yang dipertandingkan di temasya Asia Games, termasuklah Honor of Kings, Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, EA Sports FC Online, League of Legends, Peacekeeper Elite dan Street Fighter V.
[sumber]Bloomberg[/sumber]