The Continental Kini Boleh Ditonton Di Prime Video

The Continental adalah siri TV prekuel kepada filem John Wick. Siri tiga episod ini diarahkan oleh Albert Hughes (Episod 1, 3), Charlotte Branstrom (Episod 2), ditulis oleh Greg Coolidge, Kirk Ward dan juga Shawn Simmons. Siri ini menyertakan pelakon seperti Mel Gibson, Colin Woodell, Mishel Prada, Ben Robson, Ayomide Adegun dan ramai lagi.

Hari ini The Continental telah pun tersedia di Prime Video untuk tontonan anda semua. Ketiga-tiga episod mempunyai jumlah durasi mencapai lebih 4 jam. Setiap episod akan disiarkan secara mingguan, berikut adalah butiran;

  • Episod 1, Night One, 1 jam 26 minit – 22 September
  • Episod 2, Night Two, 1 jam 19 minit – 29 September
  • Episod 3, Night Three, 1 jam 37 minit – 6 Oktober

Sinopsis siri TV ini adalah seperti berikut;

Winston Scott versi muda tiba ke bandar New York pada tahun 1970-an untuk berhadapan dengan masa silam yang cuba dielak. Pengembaraan Scott di bandar ini melibatkan hotel misteri yang mengawal setiap aktiviti jenayah di dunia. Hotel ini adalah The Continental dan akan memperlihatkan bagaimana Scott mengambi-alih lokasi ikonik dalam filem John Wick.

Baca – Ulasan The Continental

Sohor Kini