Gannibal adalah sebuah siri TV Jepun yang cukup menarik. Siri ini memfokuskan kultus kanibal di sebuah perkampungan terpencil di bandar fiksyen Jepun iaitu Kuge. Terbaru, Disney+ telah mengumumkan Gannibal akan kembali untuk musim kedua. Kali ini, ia akan mendedahkan lebih banyak rahsia di Kuge dan Daigo yang cuba menumpaskan keluarga Goto yang terlibat dengan kultus kanibal.
Yuya Yagira sekali lagi akan kembali sebagai Daigo, Show Kasamatsu sebagai Keisuke Goto, Riho Yoshioka sebagai Yuki dan Shinzo Katayama kembali menjadi pengarah. Buat masa ini tarikh siaran masih belum didedahkan lagi tetapi anda boleh saksikan treler acah musim kedua di bawah.
Baca – Ulasan Gannibal – Musim 1