Elemental Adalah Filem Paling Kerap Ditonton Di Disney+

Elemental adalah filem animasi baharu Pixar dan merupakan antara projek paling sukar mereka. Pixar mengambil masa selama 7 tahun untuk Elemental. Filem ini menggunakan konsep antropomorfik alam semula jadi di mana watak-watak air, angin, api dan tanah mempunyai sifat seakan manusia.

Baca – Ulasan Elemental

Filem ini sudah pun tiba di Disney+ pada 13 September lepas. Filem ini menurut Variety adalah filem yang paling kerap ditonton di Disney+ dengan 26.4 juta jumlah tontonan. Menewaskan Turning Red yang memegang takhta sebelum ini. Malah filem Guardians of the Galaxy turut tewas dengan hanya 10.8 juta tontonan.

LIGHTHEARTED FUN — In Disney and Pixar’s “Elemental,” go-with-the-flow guy Wade (Mamoudou Athie) ushers fiery young woman Ember (voice of Leah Lewis) out of her comfort zone to experience Elemental City like never before. Directed by Peter Sohn (“The Good Dinosaur,” “Party Cloudy” short) and produced by Denise Ream (“The Good Dinosaur,” “Cars 2”), Disney and Pixar’s “Elemental” releases on June 16, 2023. © 2023 Disney/Pixar. All Rights Reserved.

Dalam filem ini ia menceritakan bagaimana Ember dan Wade jatuh cinta tetapi sukar untuk bersama kerana elemen yang berbeza. Filem ini juga turut menyentuh mengenai kehidupan golongan minoriti. Elemental adalah filem animasi dengan runut bunyi menarik dan penceritaan yang yang anda boleh kaitkan dengan kisah hidup sendiri.

Sumber – Variety

Sohor Kini