Ahsoka adalah siri TV baharu Star Wars di Disney+ yang merupakan kisah sambungan kepada siri animasi Rebels. Di mana misi utama adalah mencari Ezra Bridger dan memastikan Admiral Thrawn tidak akan kembali mengusai Empire.

Siri ini sudah pun dimainkan di Disney+ untuk lima episod dan berbaki lagi tiga sahaja. Terbaru, Disney telah kongsi klip perlawanan Ahsoka dan Anakin Skywalker. Ini adalah pertemuan kali pertama mereka sejak Anakin menjadi Vader.

Klip di atas adalah daripada episod kelima selepas Ahsoka ditewaskan oleh Baylan Skoll. Klip ini amat menarik kerana peminat Star Wars boleh kembali melihat Hayden Christensen kembali beraksi sebagai Jedi, Master kepada Ahsoka.

Perlawanan Lightsaber ini turut mempunyai koreografi yang menarik. Pertemuan mereka berdua turut akhirnya menjadikan Ahsoka sebagai Jedi yang Anakin mahukan dan bukan lagi seorang Padawan. Ahsoka akan kembali dengan episod keenam pada hari Rabu, 20 September.

Baca – Ahsoka Lebih Menarik Selepas Menonton Siri Animasi Rebels

Sohor Kini