For All Mankind adalah siri TV yang menarik dan popular di Apple TV+. Ia adalah kisah “What If” yang memfokuskan sejarah alternatif sekiranya Kesatuan Soviet menjadi negara pertama berjaya sampai ke permukaan bulan. Terbaru, siri ini akan hadir dengan musim keempat. Ia akan tiba pada 10 November 2023 dan tamat pada 12 Januari 2024 dengan 10 episod.
Baca – For All Mankind Ialah What If…? Untuk Geek Sebenar
Musim keempat akan berlaku 8 tahun selepas musim lepas. Happy Valley telah berkembang di marikh dan musuh kini menjadi kawan. Tahun 2003, fokus kepada program angkasa telah berubah kepada melombong mineral pada asteroid untuk masa depan bumi dan Marikh yang lebih baik. Walaupun begitu, setiap penduduk kini diancam dengan perkara yang ingin menghentikan kejayaan program angkasa yang telah dibangunkan sekian lama.
Joel Kinnaman, Wrenn Schmidt, Krys Marshall, Edi Gathegi, Cynthy Wu dan Coral Peña akan kembali. Menyertai mereka adalah Toby Kebbell, Tyner Rushing, Daniel Stern dan juga Svetlana Efremova. Sementara menantikan kehadiran musim baharu ini, tiga musim lepas sedia distrim di Apple TV+.