Haunted Mansion Akan Ke Disney+ 4 Oktober Ini

Haunted Mansion adalah satu lagi filem aksi nyata yang diadaptasi daripada permainan di taman tema Disney. Filem ini keluar pada tahun 2003 dan selepas 20 tahun, olahan semula dengan pelakon lain diperkenalkan. Hari ini Disney mengumumkan tarikh siaran filem ini di Disney+.

Kisah filem ini amat ringkas, seorang ibu bersama anak ingin menjadikan sebuah rumah di Gracey Manor sebagai tempat inap-sarapan dan diganggu oleh banyak hantu. Mereka kemudian dibantu oleh Ben dan beberapa orang lain untuk menghalau hantu ini dalam satu kisah seram komedi.

Haunted Mansion menyertakan pelakon seperti LaKeith Stanfield, Rosario Dawson, Owen Wilson, Tiffany Haddish, Danny DeVito, Jamie Lee Curtis, Chase W. Dillon, Jared Leto, Jo Koy, Marilu Henner, Steve Zissis, Hasan Minhaj dan juga Daniel Levy.

Filem ini akan ke Disney+ Hotstar pada 4 Oktober akan datang. Bagi yang terlepas ke panggung, nantikan tarikh ini untuk tonton di rumah.

Baca – Ulasan Disney’s Haunted Mansion

Sohor Kini