Skip to main content

Baru-baru ini Warner Bros. telah menggantung perjanjian jangka masa panjang mereka dengan beberapa studio. Alasan pihak studio adalah kerana isu mogok yang masih tidak selesai sejak empat bulan lalu. Setiap studio ini digantung kerana penulis yang tidak boleh menulis apa-apa dan penerbit filem yang tidak boleh meneruskan apa-apa projek.

Menurut Hollywood Reporter,  Bad Robot (studio J.J. Abrams), Greg Berlanti (penerbit di sebalik Arrowverse), Chuck Lorre (The Big Bang Theory), Bill Lawrence (Shrinking), John Wells (The Devil’s Advocate) dan Mindy Kaling (Never Have I Ever) adalah antara studio yang digantung daripada perjanjian jangka masa panjang.

Memandang kontrak mereka tidak dihentikan, selepas studio menemui jalan penyelesaian dari segi penggunaan AI dan bayaran gaji untuk para penulis dan pelakon tambahan – setiap studio ini akan kembali bekerja untuk Warner Bros.

Sumber – THR

Leave a Reply