Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad Magic: The Gathering iaitu Wild of Eldraine akan dilancarkan pada 8 September 2023 yang akan membawa pemain kembali ke dunia Eldraine.
Sebahagian daripada sambutan pelancaran penambahan ini, acara ‘Rumah Terbuka’ dianjurkan di pengedar-pengedar rasmi Magic: The Gathering yang terpilih bermula pada 8 sehingga 10 September.
Di acara ini pengunjung berpeluang untuk mencuba kad-kad daripada penambahan ini melalui Starter Kit. Selain itu, setiap pengunjung juga akan menerima kad promosi “Drown in the Loch” bersama dengan pelekat. Pengunjung yang membawa rakan bersama juga akan mendapat kad promosi kedua iaitu “Cultivate”.
Selain itu, Wizards of the Coast Asia Pasifik juga telah hadir dengan penuras khusus untuk Instagram yang mempunyai permainan mini “The Castle of Ashiok”. Anda boleh mencuba sendiri penuras ini melalui pautan berikut; https://www.instagram.com/ar/244491291258962/.
Bagi kad-kad yang akan tiba di dalam penambahan ini pula, ia akan melibatkan penduduk-penduduk di Eldraine termasuk juga Faerie dan Food Knight seperti Kellan, the Fae-Blooded, Eriette of the Charmed Apple dan Syr Ginger, the Meal Ender.
Mekanik baharu yang diperkenalkan di dalam penambahan ini adalah Roles yang membolehkan pemain untuk memberikan kuasa tambahan kepada mana-mana creatures. Seterusnya adalah Bargain yang membolehkan pemain untuk membuang satu creature untuk mendapatkan boon. Manakala Adventures akan kembali di dalam penambahan ini selepas hadir di dalam Throne of Eldraine dan Sagas.
Rekaan menarik yang akan tiba di dalam penambahan ini adalah kad ‘Enchanting Tales’ iaitu rekaan semula untuk kad Enhcantment. Selain itu terdapat juga kad Borderless Storybook untuk Ashiok iaitu satu-satunya planeswalker daripada Eldraine. Tambahan itu, terdapat 20 kad rare dan mythic Enchanting Tales yang menerima rekaan dengan gaya anime.
Magic: The Gathering Wild of Eldraine ditawarkan melalui Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Prerelease Packs, Bundles dan Starter Kit.