Anda tahu ESCAPE? Taman tema aktiviti lasak bertemakan eko-retro di Penang dan Petaling Jaya. Bagaimana pula dengan KidZania di Kuala Lumpur? Taman tema memfokuskan kerjaya untuk kanak-kanak. Kedua-dua taman tema ini dimiliki oleh Sim Leisure Group (SLG).

SLG baru-baru ini telah bekerjasama dengan Haven XR Pty. Ltd iaitu perkhidmatan pawagam realiti diperluas (extended reality) dari Australia. Pawagam XR pertama dunia ini akan dibuka di Malaysia bermula suku pertama 2024 nanti.

Haven XR adalah pawagam jenis baharu di mana penonton atau pengunjung akan mempunyai avatar sendiri. Avatar ini akan menjadi watak utama dalam suasana dan jalan cerita pilihan penonton. Teknologi utama yang digunakan adalah realiti maya berasaskan lokasi (LBVR, Location Based Virtual Reality).

Pawagam realiti diperluas ini turut dikatakan akan mempunyai simulasi bau dan angin. Selain itu pengunjung turut boleh merasasi perubahan suhu yang berlaku dalam sesuatu adegan.
Haven XR turut mempunyai pengalaman multi-pemain. Ia adalah seakan bilik teka ria Escape Room dengan pelbagai halangan dan aktiviti disediakan sambil pengunjung melihat dunia lain. “Filem” pertama yang akan ditawarkan adalah filem seram The Keeper yang mempunyai durasi sekitar 20 minit.

Haven XR akan dibuka di dalam pusat membeli-belah serta di mana-mana taman tema. Akan datang, SLG turut akan membuka Funday Play Center di mana mereka akan mengubah pusat membeli-belah ke taman tema.

Selain turut akan hadir dengan XR Coaster, iaitu pengalaman seakan menaiki roller-coaster sebenar dalam dunia realiti diperluas.