Dengan bajet mencapai lebih $350 juta, tetapi kutipan tidak mencapai $300 juta filem aksi nyata The Flash lakonan Ezra Miller telah menjadi antara filem DC paling gagal. Tidak dinafikan filem ini seronok untuk ditonton akan tetapi kerana isu Ezra Miller dan perubahan organisasi Warner Bros. ia tidak menerima perhatian yang sepatutnya.
Baca – Ulasan The Flash
Bulan lepas filem ini telah ditawarkan di Malaysia dalam bentuk digital untuk disewa atau dibeli. Hari ini HBO GO mengumumkan filem ini akan tiba di platform penstriman mereka pada 25 Ogos akan datang.
The Flash adalah filem arahan Andy Muschetti (It) lakonan Ezra Miller memperlihatkan The Flash merentas masa dan mengubah garis masa ke dunia lain dengan tiada Justice League, Batman adalah Michael Keaton, wakil Krypton adalah Supergirl bukan Superman serta Barry Allen yang bertembung dengan diri sendiri dari masa silam.