Selepas dua musim dengan 18 episod, Netflix membatalkan Warrior Nun dengan alasan ia tidak menerima sambutan yang baik. Peminat muka berang dan mula melakukan petisyen di atas talian untuk menyelamatkan siri TV ini.
Dua bulan lepas, pencipta siri ini iaitu Simon Barry mengumumkan yang Warrior Nun berjaya diselamatkan. Baru-baru ini Dean English selaku penerbit eksekutif siri ini mengumumkan Warrior Nun akan diadaptasi menjadi tiga filem.
Bukan itu sahaja, filem-filem Warrior Nun turut akan mempunyai dunia tersendiri dan boleh dikembangkan kepada filem dan juga siri TV lain memfokuskan kepada watak-watak sedia ada. Buat masa ini masih tiada sebarang pengumuman lanjut kerana penulis dan pelakon yang sedang mogok.
Besar kemungkinan filem ini akan ditayangkan di pawagam dan atau disiarkan di platform penstriman lain kerana Netflix yang enggan menyambung siri ini di platform mereka. Sama-sama kita nantikan.
Sumber – Warrior Nun Saved