Warrior Nun Dibatalkan Oleh Netflix Selepas Dua Musim

Daripada Ben Dunn lahirlah seorang wirawati iaitu Ava Silva sebagai Warrior Nun yang dilahirkan sebagai biarawati hero dalam bentuk siri aksi nyata untuk menumpas segala kejahatan wakili Order of the Cruciform Sword.

Siri ini baru sahaja menerima musim kedua di Netflix 10 November lalu dengan musim pertama disiarkan Ogos 2020. Kini Deadline melaporkan yang Netflix telah untuk mematikan siri ini.

Warrior Nun di Netflix masih lagi disiarkan. Netflix tidak akan memberi sebarang sebab rasmi, tetapi Deadline menyatakan yang siri ini tidak menerima sambutan yang bagus. Minggu pertama 26.22 juta jam tontonan, minggu kedua 27.74 juta jam dan minggu ketiga dengan 11.97 juta jam.

Antara pelakon yang terlibat adalah Toya Turner, Sylvia De Fanti, Lorena Andrea, Kristina Tonteri-Young dan Olivia Delcan. Warrior Nun pula dimainkan oleh Ava Baptista.

Sohor Kini