15 Jun lepas, TGV Cinemas telah menayangkan Buya Hamka Vol. 1 iaitu filem biografi penulis dan ulama terkenal Indonesia, Hamka atau Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Filem ini terbahagi kepada tiga bahagian dan setakat ini baru satu bahagian sahaja yang tiba.
Baca – Ulasan Buya Hamka (Bahagian 1)
Terbaru, filem ini dilihat telah tersedia di Netflix Malaysia. Bahagian pertama ini akan melihat kepada latar masa ketika Hamka menjadi pengurus Muhammadiyah di Makassar. Selepas berpindah ke Medan, beliau menjadi ketua editor majalah Pedoman Masyarakat dan disebabkan mempunyai pendapat berbeza dengan pihak Jepun pelbagai konflik berlaku.
Mereka yang berminat dengan filem islamik, kisah bersejarah serta ingin tahu perjalanan hidup Hamka, anda boleh terus ke Netflix hari ini untuk menontonnya. Jika anda tidak menemui judul ini di Netflix, anda boleh tekan pautan di bawah.
Tonton – Buya Hamka Vol. 1 Di Netflix