Netflix Malaysia Mula Menawarkan Kandungan Asli HBO

Beberapa bulan lepas, Warner Bros. Discovery menyatakan mereka akan mula menawarkan kandungan asli HBO iaitu HBO Originals kepada platform penstriman lain selain HBO GO dan Max. Kandungan yang mereka ingin tawarkan adalah yang telah dibuang pada platform penstriman mereka sendiri.

Netflix telah menjadi platform penstriman yang dipilih dan di Amerika siri TV Insecure lakonan Issa Rae antara yang boleh distrim. Baru-baru ini di Malaysia, Amanz melaporkan yang siri Ballers lakonan Dwayne “The Rock” Johnson mula ditawarkan. Logo HBO Originals turut dipaparkan dan tidak dibuang seperti kandungan lain yang Netflix beli hak siarannya.

Ketika artikel ini ditulis, Ballers masih boleh ditawarkan di HBO GO. Dengan kualiti penstriman di HBO GO yang agak teruk, peminat kandungan asli HBO kini boleh menstrim pada kualiti tinggi melalui Netflix. Harapnya suatu haru nanti siri Westworld, Game of Thrones dan lain-lain akan ditawarkan di Netflix untuk dinikmati pada kualiti HDR atau Dolby Vision.

Sumber – Amanz

Sohor Kini