Warner Bros. Discovery Tawar Kandungan HBO Kepada Netflix

Deadline telah melaporkan yang Warner Bros. Discovery di dalam perbincangan untuk menawarkan kandungan-kandungan HBO kepada Netflix.

Judul pertama yang dikatakan adalah Insecure iaitu siri yang dihasilkan oleh Issa Rae yang juga merupakan pelakon utama. Ia merupakan siri komedi dan mempunyai lima musim dan berakhir pada tahun 2021.

Laporan ini juga mengatakan yang tindakan Warner Bros. Discovery ini ditentang oleh beberapa orang penting di dalam HBO tetapi kelebihan kewangan lebih diutamakan.

Selain itu, perjanjian ini juga dikatakan bukan secara eksklusif, dengan siri-siri yang akan disiarkan di Netflix masih boleh di-strim di platform mereka sendiri.

Warner Bros. Discovery sebelum ini telah membuang beberapa kandungan daripada perkhidmatan penstriman mereka, antaranya adalah Westworld. Oleh itu agak menarik jika kandungan-kandungan ini akan ditawarkan ke perkhidmatan penstriman berlainan seperti Netflix.

Sohor Kini