The Little Mermaid Akan Ke Disney+ Hotstar 6 September Ini

The Little Mermaid adalah filem aksi nyata baharu Disney yang diadaptasi berdasarkan filem animasi klasik. Versi ini memperlihatkan Halle Bailey sebagai Ariel, Jonah Hauer-King sebagai Eric, Daveed Diggs sebagai Sebastian, Awkfina sebagai Scuttle, Jacob Tremblay sebagai Flounder, Javier Bardem sebagai King Triton dan Melissa McCarthy sebagai Ursula.

Seperti animasi dahulu, The Little Mermaid turut mengisahkan Ariel yang ingin menjadi manusia dan mempunyai kaki untuk menerokai dunia darat tetapi kemudiannya dianiaya oleh Ursula dan menyebabkan pelbagai konflik cinta dan keluarga.

Hari ini Disney+ Hotstar Malaysia mengumumkan yang filem ini akan ke platform penstriman video tersebut pada 6 September akan datang. Bagi yang tidak berkesempatan menonton di pawagam, filem muzikal ini boleh ditonton terus di rumah tidak lama lagi.

Baca – Ulasan The Little Mermaid

Sohor Kini