Mengejutkan baru-baru ini Marvel Studios mengumumkan yang I Am Groot iaitu siri animasi mengenai Baby Groot akan mempunyai musim kedua. Walaupun dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3 mempertontonkan Groot versi dewasa, kuat dan mempunyai kuasa hebat – siri ini adalah prekuel.

Besar kemungkinan I Am Groot musim kedua akan berlaku di antara Guardians of the Galaxy Vol.1 dan juga Avengers: Infinity War. Anda boleh tonton treler di bawah;

Siri animasi pendek ini akan mempunyai lima episod, setiap satu akan menceritakan pengembaraan Groot berbeza di angkasa. Watak yang kecil dan comel ini dilihat amat nakal dan mungkin kerana tidak dibenarkan terlibat dengan misi-misi adiwira, dia mula mengembara dengan sendiri mengenali dunia angkasa yang luas.

I Am Groot musim kedua akan tiba di Disney+ pada 6 September akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Baca – Ulasan I Am Groot – Comel Melampau!

Sohor Kini