Bukan setakat filem Barbie mempunyai kutipan yang memuaskan hati eksekutif di studio Warner Bros. Filem Oppenheimer juga dilihat mempunyai kutipan yang memberangsangkan. Lagi-lagi untuk filem bertemakan sejarah dan sains serta arahan Christopher Nolan.
Setakat data yang Box Office Mojo kongsi di laman web mereka, Oppenheimer telah mengutip sebanyak $552,943,620 iaitu sekitar RM2,518,934,661. Filem ini berada di tempat ketujuh di bawah The Little Mermaid. Jika dibandingkan filem Nolan lain yang bertemakan sejarah iaitu Dunkirk, filem tersebut hanya mengutip sebanyak $527,016,307 (~RM2,400,822,786) – lebih rendah berbanding Oppenheimer yang masih di pawagam.
Malah jika dibandingkan dengan filem Tenet, filem Nolan sebelum Oppenheimer – ia jauh ketinggalan kerana hanya mengutip sebanyak $365,304,105 (~RM1,664,142,850).
Baca – Ulasan Oppenheimer – Pelakuran Sains, Sinema Dan Subversi Kurang Sempurna