Taman tema LEGOLAND Malaysia telah menerima pengembaraan baharu iaitu LEGO DREAMZzz iaitu siri animasi yang mula disiarkan pada bulan Mei lepas. Antara kandungan yang tiba adalah pengunjung boleh menonton Filem 4D ‘Z-Blob Rescue Rush’ bermula pada 3 ogos di LEGO Studios 4D Movie Theatre.
Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pengembaraan untuk mencari lima watak yang terlepas di MINILAND. Selepas menyelesaikan pemburuan ini, pengunjung dapat membawa pulang lenacana Dream Chaser ID. Pengunjung juga boleh mencipta watak mereka sendiri di LEGO DREAMZzz meja lego sebelum melepaskannya melalui ‘immersive portal mission’.
LEGO juga telah mengumumkan set LEGO baharu berdasarkan DREAMZzz seperti 71453 Izzie and Bunchu the Bunny, 71454 Mateo and Z-Blob the Robot, 71456 Mrs. Castillo’s Turtle Van, 71469 Nightmare Shart Ship dan 71461 Fantastical Tree House.
Setiap pembelian sehingga 14 September, pembeli boleh dapatkan beg LEGO DREAMZzz dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM299 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz, pembelian di LEGOLAND Malaysia atau kedai rasmi LEGO juga boleh menebus 30636 Z-Blob and Bunchu Spider Escape dengan pembelanjaan RM199 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz.
LEGO DREAMZzz boleh ditonton secara percuma melalui saluran LEGO di Youtube. Episod baharu akan disertakan dari semasa ke semasa.