Apple Membatalkan City On Fire Selepas Satu Musim

Apple TV+ baru-baru ini telah hadir dengan siri jenayah City on Fire oleh pencipta Gossip Girl, Josh Schwartz dan Stephanie Savage yang diadaptasi daripada novel judul sama karya Garth Risk Hallberg. Siri ini mempunyai lapan episod dalam satu musim dan hari ini Deadline melaporkan Apple telah membatalkan siri ini.

Walaupun dibatalkan, musim pertama tidak ditamatkan dalam keadaan tergantung dan telah menyampaikan kisah yang sama dalam novel. City on Fire memfokuskan kepada penyiasatan pembunuhan Samantha (Chase Sui Wonders) yang dikatakan terlibat dengan kes pembakaran bangunan milik orang kaya. Kawan baik Samantha iaitu Charlie (Wyatt Oleff) turut terlibat dalam penyiasatan ini.

City on Fire boleh disitrim di Apple TV+ dan anda turut boleh melihat penglibatan pelakon seperti  Jemima Kirke, Nico Tortorella, Ashley Zukerman, Xavier Clyde, Max Milner, Alexandra Doke, Omid Abtahi, Kathleen Munroe dan juga John Cameron Mitchell.

Sumber – Deadline

Sohor Kini